21/12/12

سبحان الله

Ku biar Kalam-Nya berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa manusia
Kubiar pena-Nya menulis
Merungkai hasratnya di Qalbu
Kubiar alam-Nya mentafsir
Mencungkil rahsia kalam ilahi.


"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."

(ALI-IMRAN)



Salamun Ilaikum buat para pengunjung laman ini. Fuhhhh..... Segala pujian buat Maha Memberi nikmat. Memberiku peluang menghirup udara milik-Nya. Menganugerahkan nikmat iman ini supaya ia sentiasa menerangi hati yang kelam dan gelap. Agar mampu memacakan Islam di dalam diri seterusnya menerangi bumi yang penuh dengan kejahilan ini. Kejahilan daripada mengenal Ilahi. Bersyukur juga mengurniakan kepada diri ini ikhwah-ikhwah yang ikhlas berukhuwwah dengan diri yang tidak seberapa ini. Sentiasa menawarkan tulang empat kerat mereka demi membawa diri ini menuju redha Ilahi.

Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
(An-naba')

Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
(Ar-Rahman)



Insya'Allah, Hati ini cuba untuk membawa hati-hati kalian merenung sebentar ciptaan-Nya dibumi. Hati ini cuba untuk menafsirkan segala apa yang diperolehi sepanjang kembara mengenal ciptaan Ilahi di muka bumi-Nya. Kadangkala hati ini tidak pernah cuba untuk merenung langit yang berada diatas kelapa saban hari tanpa perlunya tiang. Terleka daripada menrenung daun-daun ciptaannya. Kita melihat gunung-ganang yang menjaadi pasak kepada bumi dengan tidak menggunakan kacamata Iman dan Taqwa. Kadang kala terlalu sombong daripada memandang seekor cicak yang telah Dia ciptakan. Astaghfirullah.


Betapa hati ini menyaksikan kebesaran-Nya. Sesungguhnya dialah menciptakan gunung yang tidak mampu kami umat manusia menciptanya. Benarlah Engkau yang menciptakan gunung-ganang sebagai pasak. Engkau jugalah yang menjadikan laut itu rezeki bagi kami. Apakah hati ini tidak pernah mengerti?! Siapakah yang menjadikan setiap zarah dalam jasad ini? Siapakah yang telah memberikan kepada jasad ini sebutir nasi? Siapakah yang telah menciptakan 2 biji mata yang bisa melihat keagungan-Nya.



Bukalah hati kalian :)






20/08/12

JOm IstiQaMaH a.k.a CoNsTanT

Bismillah Ar-rahman Ar-rahim...



Bismillah. Pemula segala bicara. Pembuka segala kata. Rasa syukur dipanjkat kepada-Nya atas segala nikmat yang telah Dia kurniakan. Iman dan Islam. 2 item, elemen pelengkap jiwa. Selawat serta salam buat Utusan Langit Terakhir, Muhammad S.A.W serta para sahabat yang telah bermandi keringat, menyiram darah mereka untuk menyuburkan pohon-pohon dakwah. serta orang-oarang soleh dan du'at yang dimuliakan Ilahi di atas muka bumi.

ISTIQAMAH...???

Satu tajuk yang hangat untuk diperkatakan dan diperbahaskan. Tetapi bukan itu matlamat kita. Berbahas dan berbahas. Hati 'STILL' zero. Jadi kalau kita fikirkan ini satu peringatan dari Rabb kepada hamba ciptaan-Nya, Insya'Allah hati ini akan terbuka menerima dalam usaha menuju Jannah-Nya. Ramadhan bermula satu perubahan.

 

RAMADHAN
Objektif: TAQWA
Waadah: TUBUH LAPAR NAFSU DAHAGA.



Tahukah Kita? Do Us Know? Hal Nahnu na'lam???
Disebalik Ramadhan....
War of BADAR pada 17 Ramadhan 2 Hijrah. Kali pertama mereka berpuasa, menahan lapar dahaga. Berjihad, mengangkat pedang dan menimang tombak di bawah terik mentari menjadi ujian Ilahi buat generasi awal Dakwah ini. Tak hairan kalau mereka nak apa yang mereka matlamatkan. Perjalanan sejauh 99 KM menjadi saksi keimanan yang dipaksikan di hati mereka. Ternyata tarbiyyah-Nya kepada Ruh generasi awal membawa Islam sampai kepada kita. Itulah puasa pertama dan peperangan pertama yang menjadi SPRING untuk menyebarkan dakwah Agama Langit. Hakikatnya apa yang mereka perolehi di bulan ramadhan menjadi tunjang jihad dan amal mereka di bulan-bulan lain.



Jom kita sama-sama ISTIQAMAH :)
di bulan SYAWAL NI....

Puasa 6
Infaq walaupun senyum. x perlu berbicara apa2
Dhuha atau (D'Ware)
Qiamullail
Pray @ Masjid in Jamaah
Ziarah / berukhuwwah fillah
Tilawah + Tadabbur Kitab Langit

MISS U RAMADHAN
RAMADHAN SATU ANJAKAN AMAL DI SYAWAL

3/06/12

RaGam-RagAm Umat RoBoT

Salam alaikum...segala puji buat Rabbul Alam. Selawat serta salam buat qudwah ummat, Muhammad S.A.W serta sahabat baginda. Salam juda disedeqahkan buat mujahidin setiap zaman sehingga akhir zaman ini.

Jalan-jalan tengok khabar umat....

Isnin, 22 Januari 2012
Sampai di Kuala Lumpur. Menginap di jalan buku lima, rumah pak su. Selepas solat Maghrib jamak Isya, terfikir untuk ronda-ronda KL. Bersama keluarga, diri ini berjalan di Suria KLCC. Dah lama tak jenguk KLCC. Makin tak cukup kain makin mahal pulak harga baju ni. Sudah puas melihat robot-robot di KLCC, kami ronda-rondalah sebentar di Jalan Petaling (Petaling Street), Dataran Merdeka dan Chow Kit Road.

BeRjuAnglAh SahaBAt

Salam Alaikum. Segala puji hanya untuk-Nya. Selawat serta salam kemulian buat ustusan-Nya juga selaku hamba-Nya. Salam juga khas buat mujahid serta mujtahid setiap zaman dalam catatan sejarah Deen-Nya.

Post kali ini hendak memaparkan kehilangan 2 orang sahabat yang banyak membantu dan memberi sokongan.

Sahabat... Kalian tetap dihati.
Kasih kalian tetap dihargai walau kita kini jauh
bermusafir di bumi-Nya

Wasiat من القلب الى القلب
Wahai sahabatku, walau dimana engkau berada, engkau berjihad, janganlah engkau melupan-Nya.


WaHai PeMuDa !

Inilah wasiat Hamba Allah, As-syahid Imam Hassa Al-,banna





Wahai angkatan pemuda,

  • Mementingkan urusan ummah dari diri sendiri

    ·         Segala usaha hanya untuk mardhatillah
    ·         Allah telah memuliakan kita dan mengangkat kita dalam angkatan-Nya
    ·         Kita adalah pemimpin dan sedarlah martabat ummah-mu di dunia
    ·         Kita adalah guru kepada ummah
    ·         Tentukan haluan kita dan jadikanlah Iman sebagai paksi
    ·         Kita wajib buang al-wahnu dari dalam jiwa.
    ·         Kita adah pendeta pada malam hari dan singa di siangnya.




Wahai Angkatan Penuda, Jelaskanlah matlamat kita:


1.      Wujudkan induvidu muslim yang bersifat muslim fikirannya, aqidah, amalnya dan perasaannya.
2.      Wujudkan rumah tangga muslim yang bersifat bersifat muslim fikirannya, aqidah, amalnya dan perasaannya.
3.      Wujudkan Ummah Islamiyyah yang bersifat muslim di semua sudut. Kita akan berusaha di segenap desa, pedalaman, kota mahupun negeri
4.      Wujudkan daulah Islamiyyah yang mampu meminpin ummah ini menuju masjid dan perkara-perkara makruf dan menolak sebarang unsur makruf.
5.      Membina empayar Islam yang baru dengan mencantumkan semula tanah air Islam yang telah dipisah-pisahkan. Kita juga tidak menerima sebarang perjanjian antarabangsa yang memisahkan tanah air Islam ini.
6.      Ustaziatul Alami dengan mengibarkan panji-panji Rasulillah dan menyeru dakwah kepada sekalian umat.



"Wahai pemuda, bersedialah kerana jalan yang akan ditempuhi sangat panjang. Duri dan terik panas mentari pasti akan hiasi di sepanjang pejalanan. Oleh itu, hendaklah kamu mempersiapkan diri dengan Iman, keihklasan, semangat dan ilmu pengetahuan. Semoga penat lelah kita akan diganjari dengan Jannah-Nya"



7/04/12

NuR SyaHaDah

.: بسم الله الرحمان الرحيم  :.
Salam aliakum buat roh-roh yang lapar. Selawat dan salam buat junjungan Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda serta seluruh kaum mu'minin dan muslimin. Moga kita semua tergolong di dalamnya.

Lama duduk asrama sampai blog ni jadi kosong dan terbiar. Diharap selama pembaca mengunjung laman ini, bertambah iman dan amal. Post kali ini ana ingin kongsikan satu rahsia pentind di sebalik satu kalimah yang agung kerana di dalamnya terkandung satu cara hidup dan amanah.

لااله الا الله محمد رسول الله
ThE imPorTancE of SyaHadaH!

  1. Pintu masuk Islam.
Kita boleh lihat dalam internet atau media-media massa yang lain memaparkan muallaf-muallaf yang inin memeluk Islam hasil usaha para da'ei yang mantap. Mereka akan megucapkan 2 kalimah agung ini. seseorang itu telah berikrar di hadapan Allah semasa alam roh seperti firman-Nya

"الست بربكم قالو بلا شهدنا"
Allah bertanya, "Bukankah aku ini tuhan kamu?" Roh-roh itu menjawab, "Ya, bahkan kami menyaksikan!"

 Ini sahaja tidak mencukupi sebab berikrar semasa rububiyyah sahaja tidak cukup kerana kita dapat belihat betapa ramainya umat manusia ingkar dengan perjanjian itu. Oleh itu, 2 kalimah ini akan mengingatkan kita akan satu janji yang pernah dilafazkan di peringkat uluhiyyah pula. Ini akan memberi nur dan kesan yang besar jika hati menghayati dan anggota badan bekerja menjayakan 2 kalimah ini.



2.  Dasar perubahan yang menyeluruh
Lafaz akan mengubah seluruh kehudupan seseorang hamba, masyarakat dan tamadun kerana kalimah ini merupakan satu perlambangan cara hidup yang sepatutnya. Islam sebagai Deen atau cara hidup dalam seluruh aspek kehidupan. Daripada kegelapan jahilyyah kepada nur hidayah, daripada 2 kaum yang bermusuh kepada 2 kaum yang bersaudara dan  daripada akhlak buruk kepada akhlak yang mulia.

3.Intisari Ajaran Islam
2 kalimah ini mangandungi 3 Prinsip yang lengkap dan menyeluruh:
  • Perhambaan hanya pada Allah semata-mata dan melaksanakan segala arahan dan laranya-Nya.
  • Muhammad S.A.W sebagai idol dalam memathi tututan Ilahi.
  • Perhambaan kepada Allah dan mengatur hubungan dengan insan yang lain

 4.Hakikat Dakwah para Rasul
Inilah apa yang diserukan oleh nabi-nabi terdahulu dan diakhiri dengan Muhammad S.A.W. Mereka menyeru supaya menyembah Allah dan saling mengigatkan.  Namun, seruan ini tidak akan berakhir begitu sahaja pewaris mereka akan menyambung kembali usaha-usaha untuk mandaulatkan 2 kalimah agung ini. 

5. Ganjaran yang besar 
Syahadah juga menebabkan seseorang itu sanggup berkorban harta , masa, tenaga dan nyawa demi gagasan ini dalam kehidupannya dan orang lain sehari-hari. Mereka yakin akan janji Allah bahawa pengorbanan mereka akan dibalas. 

"ان الله الشتراى من الموءمنين انفسهم واموالهم بان لهم الجنة"
"Sesungguhnya Allah membali dari orang-orang mu'min jiwa dan harta mereka dengan syurga" 

 CerIta HidaYah DaN Our TanGGung JaWab
Suatu hari aku bersembang dengan Kishan sewaktu tahun 3 di SK Taman Universiti 4,"Kau tau tak orang-orang Islam je yang masuk syurga! Yang lain masuk neraka." Kishan kata, "Asal lak?!". "sebab kiteowng buat baik dgn solat.", balasku. "Panas ke neraka kau tu?", ujarnya dengan buat 
muka nak kene tapak free. "Panasla, 70 kali ganda kot!", cakap macam takut sangat. Dia terus belah,"Cerita kau ni bosan gile nak mampos". Tak pasal-pasal dapat 'gile nak mampos free.

Tak semua manusia terima seruan ini dan ada juga yang terima seperti Cat Steeven or must i call Yusuf Islam. Dia kaji Kitab Allah dan akhirnya pencriannya tidak sia-sia kerana Allah tidak zalim.


OuR ResPonsibiliTy... 
Juka kita ajak insan-insan seperti mereka ini kepada Nur Syahadah daripada Kegelapan malam, subhanallah ganjaran Allah amatlah besar. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W,

"Barangsiapa yang mengajak seseoarang dari jahiliyyah kepada Islam, maka itu lebih baik dari dunia dan seisinya "

Tetapi, perlu diingat jika kita tidak memunaikan amanah ini, maka mereka akan menuntut di mahkamah Allah kelak kerana tidak memperkenalkan 2 kalimah ini. "Kau hukum dia ini sekali ya Allah! Dia tahu bahawa aku akan masuk neraka kerana aku seorang kafir tetapi dia hanya baik seorang2 sahaja!". Berkata pula seorang lagi, "Dia tahu bahawa aku tinggal solat dan akan dihukum. tetapi dia tidak mengigatkan ku!".  Maka kita dihukum hanya sebab tidak menegur dan sebagainya.

Disimpulkan bahawa umat Islam seharusnya memehami syahadah syang dilafazkan sehari-hari dan harus memperkenalkan syahadah kepada orang lain 



3/03/12

TogeTher as1 UsRaH

Salam alaikum buat para pengunjung taman-taman syurga. Nikmatilah walau dirumah kalian. selawat serta salam buat junjungan mulia Muhammad S.A.W serta sahabat baginda yang telah meneruskan dakwah baginda sehinggalah generasi yang seterusnya  sehingga yaumul qiamah.


Berlari sebaris menjunjung dakwah Ilahi. satu motto yang harus dipengang oleh setiap daei. Inilah kami. berdiri satu saff. Jika seorang terjatuh kami angkat. Jika seorang haus, kami berkongsi air. Inilah kami. setiasa bersama melakukan dakwah.

"Moga kami terus thabat di Jalan ini dan tidak akan singgah ke jalan yan lain."

23/01/12

RaGaM- RagAm UmAt

Salam alaikum. Al-hamdulillah buat Rabbul Jalil. Selawat serta salam buat Qudwah umat, Muhammmad S.A.W serta sahabat baginda. Sekalung tahniah buat mujahidin serta mujahidah setiap zaman.

.:FAHAMLAH DENGAN HATI KALIAN:.
Suatu hari Hassan Al-banna melihat seorang Ikhwan menangis melihat umat. Hassan Al-banna berkata, "Kamu telah mencapai satu tahap yang tinggi dalam dakwah"
22 JANUARI 2012...

Al-hamdulillah, sampai di Kuala Lumpur. Menetap di Jalan Buku 5, sebuah kondo. Kemudian malam itu timbul di hati untuk bertanya khabar umat Islam di sini. So, beritahu si Ibu hasrat di hati ini. Malam itu diri ini bersama usrah saya bertolak ke KLCC pada pukul 9 malam.

.:Suria KLCC:.
Saya bertanya di hati saya." Adakah umat Islam di sini harus berpakaian begini dan berpelakuan bergini di hadapan Allah? Adakah mereka mengetahui bahawa mereka akan dipersoalkan mengenai tanggungjawab yang mereka pikul, KHALIFAH & IBADAH? ".  Adakah Islam itu tidak sesuai dengan peredaran zaman. Lebih-lebih lagi sekarang musim Tahun Baru. Refleksilah diri kalian, Iman kalian, Islam kalian dan Ihsan kalian.

.:Petaling Street & Dataran Merdeka & Lain2:.
Jalan-jalan di sini asyik pandang bawah. Banyak wanita berpakaian terdedah. Ada 'ayam' yang cuba cari pelanggan, mat dadah, ada pasangan Gay, maksiat, arak jalan yang dah jadi macam warung dan  ade restoran arab tetapi kalau masuk pak arab pun cakap 'Masya'Allah!" sebab minumannya memang lazat
dan memabukkan. Harap kalian dapat detect penyakit umat yang kian critical.


23 Januari 2012
.:I-City, Shah Alam:.
Sebab pernah pergi ke sini, kami pun pergi. Masing-masing pergi dengan niat yang berbeza. Ada yang pergi untuk berseronok, ada yang pergi cuma untuk melihat sahaja dan ada yang pergi untuk memahami masalah umat. I-City lebih dahsyat keadaannya. 'Ramai ROBOT' cuba untuk mencari ketenangan melalui kitaran bodoh ini. Nanti kita cerita fasal KITARAN BODOH. Berhibur dan bermain sehingga Jam 12. Balik dengan penuh kenangan maksiat.

Intihannya....
Musuh Islam sudah merancang sejak bertahun-tahun yang lalu untuk memusnahkan Islam.
Ada dari kalangan mereka berkata, "Kita bakal hancur jika berperang dengan senjata tetapi kita pasti menang jika menyerang pemikiran mereka. Pemuda-pemuda mereka menjadi kuat kerana adanya Kitabullah dalam hati mereka dan kita perlu mencabutnya dari hati mereka.".
Mereka memecah-belahkan kita setelah kita bersatu di bawah satu empayar. Kini umat perlu meyelesaikan beberapa perkara,

  •  Solat dengan Khusyu
  • Tilawatul quraan dengan hati
  • Ukhuwwah Islamiyyah 
  • Memahami sajarah (islam & tamadun lain) dan dapat menilainya
  • Mengetahui bentuk-bentuk ghazwul fikri
  • Bidang poitik Islam


Pesan seorang hamba,
Wahai umatku. Dahulunya kalaian seperti singa di siang hari dan abid di malam hari. Jihadmu digeruni umat yang lain. Melibas lalang-lalang yang penuh di jalan ini. Bermula dengan solatmu. Malam dan siang penuh dengan dakwah dan tarbiyyah. Sunnah nabimu berebut untuk dilaksanakan. Kitabullah sibuk kalian pelihara tuntutannya. Islam kalian bukan sekadar nama, tetapi hati kalian penuh dengan cahaya Iman. Sehingga Islam digeruni dan dihormati. Kini kalian dipijak seperti haiwan perburuan. Kalau dulu malam kalian penuh dengan munajat buat-Nya, tetapi kini malam kalian punah dengan permainan dan hiburan. Dulu, Jihad kalian digeruni, tetapi kini jihad kalian hanya bahan tertawa kufffar. Kalau dulu Quraan kalian di dada, kini quraan kalian hanya perhiasan sahaja. Dulu,  Islam kalian di hati, kini, sekadar nama sahaja.


Khas Buat Para Duat,
Dulu, jalan ini penuh dengan lalang dan telah ditebas oleh generasi Umat Islam yang silam, Kini lalang tumbuh membiak subur dan sedikit yang mampu menebasnya. Mereka korbankan jiwa dan harta mereka untuk sebuah syurga  Ingatlah, yang sedikit itulah menang kita Badar, Uhud, Tabuk dan hampir semua pertempuran. Tetapi yang banyak kalah seperti Abbasiyyah dan Uthmaniyyyah.







23/12/11

RobOt...oh...RoBoT


Robot Makan Elektrik 

Assalamualaikum wth wbt..

Afwan kerana lama tidak mengupdate blog. Terima kasih kepada incik anonymous kerana menyuruh saya update, kalo tak, sure tak update punya aaah.. eheh.

Kali ni saya nak citer pasal satu citer yg kawan saya citer kt saya pasal robot.

 FAHAMLAH DENGAN HATI KALIAN!!!

 



Pada satu ketika di zaman robot sudah banyak di dunia, terdapat seorang engineer robot yg ingin mencipta satu robot yg paling power skali di dunia. Dia membayangkan akan membuat satu robot yg boleh menandingi kehebatan robot Asimo yg bercap HONDA yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik nashit jiwang.

Maka dibuatlah robot itu seteliti mungkin, daripada sekecil-kecil sel hinggalah sebesar-besar organ-organ robot itu dibuat sangatlah teliti. setelah usai bahagian pembuatan robot itu, kini tibalah masa untuk robot itu diprogramkan. inilah antara programming yg dibuat ke dalam cpu robot itu.

Nama: MAN-u-SIA LayCar
Keje: 1. cucuk plag 3 pin 13 ampere di suis2 utk Makan Letrik.
2. if 1. is accomplished : pusing-pusing bazirkan letrik utk cari suis utk cucuk plag
3. ulang 1 dan 2 sampai mampos.

maka MAN-u-SIA LayCar itu pun menjalankan kerja yg diprogramkan dalam otaknya itu.

cucuk, jalan, cucuk, jalan, cucuk, jalan. Cucuk utk charge bateri dan jalan utk cari tempat lain utk charge balik.Begitulah kehidupan robot itu utk 64 tahun, 8 bulan, 16 hari, 13 jam, 35 minit, 43 saat.

Pada saat yang berikutnya, wayar-wayar dalam badan robot MAN-u-Sia LayCar pun rosak akibat penggunaan yang beterusan tanpa menservisnya selalu. Maka tamatlah riwayat MAN-u-Sia LayCar tanpa menyumbang apa pun untuk kemaslahatan sejagat. Dia juga gagal untuk mengalahkan Asimo yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik nashit jiwang.

apakah ibrah (pengajaran) dari citer ni?

“ Maka adakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya Kami menciptakam kamu main-main(tanpa tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami (Almukminun:115)“


Jadi, adakah kita mahu menjadi seperti robot di atas, yg hidupnya hanya bermatlamat "Mengenyangkan perut agar boleh dapat tenaga, dari tenaga boleh pegi kerja, dah kerja dapat gaji, dapat gaji beli beras kenyangkan perut agar dapat tenaga utk pergi kerja."

Jika hidup ini satu kitaran, maka keluarlah anda dari kitaran bodoh ini, agar tidak menjadi orang yang rugi di hadapan Sang Pencipta kerana sudah pastilah tujuan kita diciptakan bukanlah untuk mengenyangkan perut, dan degn perut yg kenyang utk mencari kerja, kerja sampai perut lapar, dan dapat duit kerja tadi kenyangkan balik perut.

Adakah tugas wakil di muka bumi (2:30) hanya sekadar berkisarkan aktiviti-aktiviti di dalam perut? Fikir-fikirkan lah..

wallahua'lam

9/12/11

MaNiS UkhUwwAh

Bismillah... Alhamdulillahi Rabbul Jalil kerana dengan izin-Nya, blog ini dapat diupdate daripada terbengkalai. Selawat dan salam ke atas junjungan hebat Muhammad S.A.W. Kali ini ana ingin membawakan sebuah kenangan, kemanisan ukhuwwah islami.Syukran beribu-ribu buat sahabat ana, Akh Danial KaharRehlah bersama usrah. Jom imbau!!!

Baru Sampai....Rasa excited la! First sekali kami main Futsal dulu. Kalau dah berendam tak syok la main futsal. Tak ade yang gaduh-gaduh. Sume happy family as1 usrah:)


Firman-Nya dalam Surah As-Saf
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di Jalan-Nya dalam satu barisan, Mereka seperti bangunan-bangunan yang kukuh"
'Berlari Sebaris Menjunjung Dakwah Ilahi'

Sebagai penutup post, satu Firman Allah ingin ana utarakan sebagai peringatan buat manusia yang sering leka dengan nikmat-Nya 

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara, Maka buat baiklah sesama saudara kamu"
Al-Hujurat
 

3/12/11

HijRah jom HiJrAh

Bismilllah... Salam alakikum kepada sesiapa yang dahagakan tazkirah. Selawat dan salam dihadiahkan buat Junjungan hebat Rasulillah S.A.W. Berbahagialah bagi sesiapa yang kini mengecapi haruman syurga dan sesiapa yang berjaya mengikis Al-wahn walaupun pahitnya seperti melapah kulit sendiri.

HijRAh....

Sidang editor padakali ini ingin mengenegahkan satu tajuk yang menarik untuk diperdendangkan dalam hati pembaca. Harap tazkirah ini terpahat dalam hati dan dapat membawa perubahan dalam hidup anda. Harapan jua pembaca dapat menyebarkan dan selidik apa yang disampaikan kerana "Sampaikanlah seruanku walau sepotong ayat." Hanya menjalanakan perintah-Nya dan Rasul-Nya.


LemBAran SejArAh
Bebicara mengenai hijrah sudah pasti terbayang di dalam hati setiap umat Islam yang Rasulullah S.A.W.  Sudah termaktub dalam lembaran sejarah Islam bahawa Rasullah berhijrah bersama para sahabat baginda dari Mekah ke Madinah. Hijrah kerana DEEN. Terbukti Pengorbanan sahabat baginda melalui pelbagai cara. Suhaib Ar-rumi meninggalkan hartanya ketika hijrah. Saidina Ali pecah tapak kakinya kerana bejalan jauh dari Mekah ke Madinah. Zainab gugur kandungannya kerana perbuatan suaminya. "Itu adalah sejarah mereka. Tetapi mana sejarah itu pergi?" Tanya Iman di dada.


Fenomena Ummah HARI INI.
Biar saya beritahu sejarah yang dicipta kita bersama barat. Merokok, Dadah.... "ouh, malas nak sebut.". Bemula dengan Solat. Selalunya sahabat Rasulullah akan bertanya apabila bertemu, "Salam alaik ya akhi...bagaimana dengan Qiam akh malam tadi?". Apa yang kita mampu jawab bila kita ditanya begitu? Kita tidak mampu jawab kerana, "Solat 5 waktu pun aku tak lepas! perh....lagikan QIAM." 



"Ok, Ok....aku salah.tapi aku mula dari mana?"
Start from mutabaah fardhiyyah. Kita cuba update mutabaah kita. Solat adalah asasnya ke arah iman yang mantap. Qiam adalah pagar kepada bagunan yang akan dibina dari BoM-bOm MakSiaT. Tilawatul quraan sebagai peringatan sebagaimana firman-Nya,  

"Berilah peringatan! Sesungguhnya peringantan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin."

Sedeqah sebai pengahalang bakhil. Ziarah sebagai pemangkin ukhuwwah islami. Dan kalau mutabaah dan mantap. Ade lagi satu bende yang belom selesai.Tugas sebagai Khalifah-Nya di bumi: Menukarkan robot-robot yang leka dalam kegelapan kepada cahaya-Nya. Inya'Allah....TaKbiR!!!

 Tugas sebagai Khalifah-Nya di bumi:
 DakWah! dAkWah! DaKwAh!

 

29/11/11

As-syahid Hassan Al-banna

Assalamualaikum sebagai pebuka ruang bicara. Selawat dan salam ke atas junjungan Muhammad Rasulullah seta sahabat. Sekalung tahniah buat penjuang-pejuang deen-Nya  yang sentiasa mengibarkan bendera dan risalahnya.Tidak lupa juga buat daei-daei yang sentiasa teguh di atas jalan-Nya yang lurus.

Hassan a

23/11/11

12 SifAt SaHabaT

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara besama orang-orang mu'min. Editor kali ini ingin membawa pembaca supaya bermuhasabah diri dan iman kita. Adakah kita ini merupakan sahabat yang baik mahupun manikam sahabatnya dari belakang. Di sini ana ingin berkongsi 12 Sifat sahabat yang boleh kita contohi sebagaiman rasulullah terhadap sahabat baginda.


12 Sifat SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
...
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah

20/11/11

Sahabat

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara. Ingin ku mulakan dengan janji-Nya iaitu 7 golongan yang mendapat naungan-Nya, salah satu daripadanya ialah seorang sahabat bertemu dengan sahabatnya kerana Allahdan berpisah dengan sahabatnya juga kerana-Nya. Ana nak kongsikan satu ukhuwwah fillah yg manis pernah dirasai.
 Hensem dan kacak. Sorry farhan tersalah capture:)

Ustaz IswaN rapat dengan semua lapisan masyarakat...Sayang ustaz

Paling menonjol rasanya USTAZ SYAFIQ...cube utk slide Ipad 
Ipad yg ade torchlight, Terbaik la

Memang sume muke penat la kan kecuali ustaz syafiq...katanya,
"Tak mencabar langsung, tak keluar peluh pon." memang teruk perangai\

Farid,"Syamsul...mane ade Syamsul."

Memang sejuk la kan.Kaki ni dh nk beku.
Untung ustaz Iswan bagi but Pua Chu Kang kalau x memang le.

"Sesungguhnya Orang mukmin itu bersaudara", firman-Nya dalam surah Hujurat ayat 10. 
"Ya Rabbuna, Kau kekalkanlah kemesraan kami ini utk kebaikan khirat kami dan atas nama Islam jualah kami meletakkan Kau sebagai paksi Ukhuwwah ini."