7/10/10

PMR tiba!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...ana ucapkan buat saudara ataupun saudari yang mengunjungi laman ini.Tapi ana rasa tak de kot'SAUDARI...'



Kepada pelajar yang kini sedang menduduki PMR...ana doakan antum semoga berjaya dunia mahupun akhirat.Ana harap antum sudah study habis-habisan dan semaksima mungkin untuk kejayaan antum.
Disini ana ingin kongsikan tips-tips untuk menduduki peperiksaan:


Info-Ini untuk segala jenis peperiksaan sama ada besar ke,kecil ke,sederhana ke, semua boleh menggunakan tips yang diberikan ini.

1)Study janganlah 'Lastminit' kerana ia selalunya disimpan dalam RAM (iNGATAN SEMENTARA SAHAJA) bukannya ROM (INGATAN KEKAL) kecuali daya IQ dia top tetapi tidak disyorkan juga.


2)Buatlah nota ringkas,untuk candidate SMIH cara nak buat nota 'TOP' punye boleh berjumpa secara 'PERSONAL'dengan USTAZ ANUAR ataupon rujuk guru masing-masing.


3)Jangan tidur lambat kerana ia boleh merendahkan IQ antum.

4)Sebelom masuk dewan mintalah restu dah maaf pada orang lain terutama pada ibu bapa dan guru-guru kita.


5)Hilangankan rasa berdebar dalam hati antum kerana maklumat ataupun fakta yang dihafal mudah hilang semasa kita berdebar.
-Kalau nak hilangkan debaran,bacalah Surah Al-insyirah.Selepas itu sapunya di dada.
-Kalau terlupa fakta berselawatlah banyak-banyak.

6)Banyakkan beibadah kepada Allah Taaala dan Berdoa' kerana doa itu senjata Orang Mu'min.


Itu sahajalah yang ana boleh kongsikan buat antum.

Kepada pelayjar yang lain ,peperiksaan semester 2 sudah semakin hampir.Studylah dari sekarang sebelum terlambat!!!!



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan