14/03/11

Jom terbitkan Empayar yang baru....

Assalamualaikum...kaifa haluk?Harap para pembaca sekalian dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah.Ingat diri ini peringatkan antum supaya bertaqwa kepada Allah kerana Taqwa itu merupakan sebaik-baik pakaian dan perhiasan.Ingin daku ceritakan kepadamu tentang Sejarah adanya Khilafah ini yang sentiasa memartabatkan agama Allah dan Rsulnya ini.



Sejarah telah membuktikan bahawa Islam akan naik apabila wujudnya satu pemerintahan yang berasaskan syariat yang telah disusunatur oleh sang pencipta syariat itu sendiri.Seorang hamba pilihanNya akan meralisasikan pemerintahan yang cekap dan mantap yang bertiangkan berlantaikan Taqwa yang mantap ,bertiangkan iman yang kukuh serta berbumbungkan jihad yuang membara serta dihiasi dengan amalan-amalan yang menyebabkan keredhaan Allah diperolehi dan pemerintahan menjadi lebih kukuh.



Jika kita lihat sejarah pemerintahan Amirul mukminin saidina Abu Bakar R.A dan Saidina Umar Ibn Khattab R.A telah menggambarkan kepada kita bahawa kewujudan seorang khalifah itu penting kerana ia akan menjamin kewibawaan Islam itu sendiri.Pemerintahan merekan menyebabkan dua buah kuasa besar iaitu Parsi yang diketua oleh maharaja Yadzegir telah disasarkan oleh Saidina Abu Bakar setelah beliau berjaya menghapuskan nabi-nabi palsu dan berjaya beliau tumbangkan tanpa kalah walau satu peperangan.Ketua Tentera ketika itu ialah Khalid Ibn Walid yang mendapat gelaran 'Panglima Pedang Allah' oleh Rasulullah sendiri.Kerajaan Romawi yang diketuai oleh kaisar Herkulis berjaya ditumbangkan oleh Saidina Umar.Panglima tenteranya pada waktu itu ialah Panglima Abu Ubaidah Ibn Al-Jarrah iaitu pemegang amanah Rasulullah.



Seorang lagi pemerintah yang mantap akhlaqnya pada zaman Bani Umayyah ingin daku perkenalkan kepada pembaca iaitu Umar Abdul Aziz,cicit Saidina Umar Ibn Khattab.Beliau merupakan bayangan kepada akhlaq para khulafa' Ar-rasyideen.Beliau menghapuskan segala penyelewengan yang berlaku sebelunya iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman Ibn Abdul Malik.Pemerintahannya penuh dengan keadilan sehinggakan tiada serigala yang memakan kambing -kambing pada zamannya.Keadilan yang diterapkan oleh beliau dalam pemerintahannya sangan dikagumi oleh lawannya sehinggakan seorang maharaja Romawi ketika itu sanggup membebaskan tawanan Islam kerana penghormatannya kepada beliau.Empayar yang beliau perintah amatlah luas.



Pada zaman Abasiyyah pula merupakan puncak kegemilangan Islam kerana empayarnya yang luas.Itu merupakan hasil daripada penaklukan-penaklukan yang dilakukan oleh klhalifah-kahlifahnya.Salah seorang daripada mereka ialah Khalifah Harun Ar-rasyid.Beliau merupakan pemerintah yang berjaya meluaskan tanah jajahan Abasiyyah.Beliau juga seorang pencinta ilmu sehingga menjadikan kerajaan Abasiyyah merupakan kerajaan yang kaya dengan ilmu dan baghdad digelar 'kota 1001 malam'.Seorang lagi pemerintah yang berjaya menyatukan umat Islam dengan satu bendera iaitu bendera KHILAFAH iaitu 'Tiada Tuhan Selain Allah,Muhammad itu Rasulullah' iaitu Muiz Amirul Mukminin Khalifah Salahuddin Ibn Ayyubi,pengasas kerajaan Ayyubi.Beliau berjaya merebut BAITUL MAQDIS daripada tentera Salibiyyah dari eropah.Beliau telah membvuktikan kepada kita bahawa WILAYAH PALESTIN akan ditakluki oleh Islam Denga kewujudan Khilafah yang mantap pentadbirannya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan