Salam alaikum...segala puji buat Rabbul Alam. Selawat serta salam buat qudwah ummat, Muhammad S.A.W serta sahabat baginda. Salam juda disedeqahkan buat mujahidin setiap zaman sehingga akhir zaman ini.
Jalan-jalan tengok khabar umat....
Isnin, 22 Januari 2012
Sampai di Kuala Lumpur. Menginap di jalan buku lima, rumah pak su. Selepas solat Maghrib jamak Isya, terfikir untuk ronda-ronda KL. Bersama keluarga, diri ini berjalan di Suria KLCC. Dah lama tak jenguk KLCC. Makin tak cukup kain makin mahal pulak harga baju ni. Sudah puas melihat robot-robot di KLCC, kami ronda-rondalah sebentar di Jalan Petaling (Petaling Street), Dataran Merdeka dan Chow Kit Road.
Memaparkan catatan dengan label Santapan Jiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Santapan Jiwa. Papar semua catatan
3/06/12
7/04/12
NuR SyaHaDah
.: بسم الله الرحمان الرحيم :.
Salam aliakum buat roh-roh yang lapar. Selawat dan salam buat junjungan Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda serta seluruh kaum mu'minin dan muslimin. Moga kita semua tergolong di dalamnya.Lama duduk asrama sampai blog ni jadi kosong dan terbiar. Diharap selama pembaca mengunjung laman ini, bertambah iman dan amal. Post kali ini ana ingin kongsikan satu rahsia pentind di sebalik satu kalimah yang agung kerana di dalamnya terkandung satu cara hidup dan amanah.
لااله الا الله محمد رسول الله
ThE imPorTancE of SyaHadaH!
- Pintu masuk Islam.
Kita boleh lihat dalam internet atau media-media massa yang lain memaparkan muallaf-muallaf yang inin memeluk Islam hasil usaha para da'ei yang mantap. Mereka akan megucapkan 2 kalimah agung ini. seseorang itu telah berikrar di hadapan Allah semasa alam roh seperti firman-Nya
"الست بربكم قالو بلا شهدنا"
Allah bertanya, "Bukankah aku ini tuhan kamu?" Roh-roh itu menjawab, "Ya, bahkan kami menyaksikan!"
Ini sahaja tidak mencukupi sebab berikrar semasa rububiyyah sahaja tidak cukup kerana kita dapat belihat betapa ramainya umat manusia ingkar dengan perjanjian itu. Oleh itu, 2 kalimah ini akan mengingatkan kita akan satu janji yang pernah dilafazkan di peringkat uluhiyyah pula. Ini akan memberi nur dan kesan yang besar jika hati menghayati dan anggota badan bekerja menjayakan 2 kalimah ini.
Lafaz akan mengubah seluruh kehudupan seseorang hamba, masyarakat dan tamadun kerana kalimah ini merupakan satu perlambangan cara hidup yang sepatutnya. Islam sebagai Deen atau cara hidup dalam seluruh aspek kehidupan. Daripada kegelapan jahilyyah kepada nur hidayah, daripada 2 kaum yang bermusuh kepada 2 kaum yang bersaudara dan daripada akhlak buruk kepada akhlak yang mulia.
3.Intisari Ajaran Islam
2 kalimah ini mangandungi 3 Prinsip yang lengkap dan menyeluruh:- Perhambaan hanya pada Allah semata-mata dan melaksanakan segala arahan dan laranya-Nya.
- Muhammad S.A.W sebagai idol dalam memathi tututan Ilahi.
- Perhambaan kepada Allah dan mengatur hubungan dengan insan yang lain
4.Hakikat Dakwah para Rasul
Inilah apa yang diserukan oleh nabi-nabi terdahulu dan diakhiri dengan Muhammad S.A.W. Mereka menyeru supaya menyembah Allah dan saling mengigatkan. Namun, seruan ini tidak akan berakhir begitu sahaja pewaris mereka akan menyambung kembali usaha-usaha untuk mandaulatkan 2 kalimah agung ini.
5. Ganjaran yang besar
Syahadah juga menebabkan seseorang itu sanggup berkorban harta , masa, tenaga dan nyawa demi gagasan ini dalam kehidupannya dan orang lain sehari-hari. Mereka yakin akan janji Allah bahawa pengorbanan mereka akan dibalas.
"ان الله الشتراى من الموءمنين انفسهم واموالهم بان لهم الجنة"
"Sesungguhnya Allah membali dari orang-orang mu'min jiwa dan harta mereka dengan syurga"
CerIta HidaYah DaN Our TanGGung JaWab
Suatu hari aku bersembang dengan Kishan sewaktu tahun 3 di SK Taman Universiti 4,"Kau tau tak orang-orang Islam je yang masuk syurga! Yang lain masuk neraka." Kishan kata, "Asal lak?!". "sebab kiteowng buat baik dgn solat.", balasku. "Panas ke neraka kau tu?", ujarnya dengan buat
muka nak kene tapak free. "Panasla, 70 kali ganda kot!", cakap macam takut sangat. Dia terus belah,"Cerita kau ni bosan gile nak mampos". Tak pasal-pasal dapat 'gile nak mampos free.
Tak semua manusia terima seruan ini dan ada juga yang terima seperti Cat Steeven or must i call Yusuf Islam. Dia kaji Kitab Allah dan akhirnya pencriannya tidak sia-sia kerana Allah tidak zalim.
OuR ResPonsibiliTy...
Juka kita ajak insan-insan seperti mereka ini kepada Nur Syahadah daripada Kegelapan malam, subhanallah ganjaran Allah amatlah besar. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W,
"Barangsiapa yang mengajak seseoarang dari jahiliyyah kepada Islam, maka itu lebih baik dari dunia dan seisinya "
Tetapi, perlu diingat jika kita tidak memunaikan amanah ini, maka mereka akan menuntut di mahkamah Allah kelak kerana tidak memperkenalkan 2 kalimah ini. "Kau hukum dia ini sekali ya Allah! Dia tahu bahawa aku akan masuk neraka kerana aku seorang kafir tetapi dia hanya baik seorang2 sahaja!". Berkata pula seorang lagi, "Dia tahu bahawa aku tinggal solat dan akan dihukum. tetapi dia tidak mengigatkan ku!". Maka kita dihukum hanya sebab tidak menegur dan sebagainya.
Disimpulkan bahawa umat Islam seharusnya memehami syahadah syang dilafazkan sehari-hari dan harus memperkenalkan syahadah kepada orang lain
23/12/11
RobOt...oh...RoBoT
Robot Makan Elektrik
Assalamualaikum
wth wbt..
Afwan kerana lama tidak mengupdate blog. Terima kasih kepada incik anonymous
kerana menyuruh saya update, kalo tak, sure tak update punya aaah.. eheh.
Kali ni saya nak citer pasal satu citer yg kawan saya citer kt saya pasal
robot.
FAHAMLAH DENGAN HATI KALIAN!!!
Pada satu ketika di zaman robot sudah banyak di dunia, terdapat seorang engineer robot yg ingin mencipta satu robot yg paling power skali di dunia. Dia membayangkan akan membuat satu robot yg boleh menandingi kehebatan robot Asimo yg bercap HONDA yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik nashit jiwang.
Maka dibuatlah robot itu seteliti mungkin, daripada sekecil-kecil sel hinggalah sebesar-besar organ-organ robot itu dibuat sangatlah teliti. setelah usai bahagian pembuatan robot itu, kini tibalah masa untuk robot itu diprogramkan. inilah antara programming yg dibuat ke dalam cpu robot itu.
Nama: MAN-u-SIA LayCar
Keje: 1. cucuk plag 3 pin 13 ampere di suis2 utk Makan Letrik.
2. if 1. is accomplished : pusing-pusing bazirkan letrik utk cari suis utk cucuk plag
3. ulang 1 dan 2 sampai mampos.
maka MAN-u-SIA LayCar itu pun menjalankan kerja yg diprogramkan dalam otaknya itu.
cucuk, jalan, cucuk, jalan, cucuk, jalan. Cucuk utk charge bateri dan jalan utk cari tempat lain utk charge balik.Begitulah kehidupan robot itu utk 64 tahun, 8 bulan, 16 hari, 13 jam, 35 minit, 43 saat.
Pada saat yang berikutnya, wayar-wayar dalam badan robot MAN-u-Sia LayCar pun rosak akibat penggunaan yang beterusan tanpa menservisnya selalu. Maka tamatlah riwayat MAN-u-Sia LayCar tanpa menyumbang apa pun untuk kemaslahatan sejagat. Dia juga gagal untuk mengalahkan Asimo yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik nashit jiwang.
apakah ibrah (pengajaran) dari citer ni?
“ Maka adakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya Kami menciptakam kamu main-main(tanpa tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami (Almukminun:115)“
Jadi, adakah kita mahu menjadi seperti robot di atas, yg hidupnya hanya bermatlamat "Mengenyangkan perut agar boleh dapat tenaga, dari tenaga boleh pegi kerja, dah kerja dapat gaji, dapat gaji beli beras kenyangkan perut agar dapat tenaga utk pergi kerja."
Jika hidup ini satu kitaran, maka keluarlah anda dari kitaran bodoh ini, agar tidak menjadi orang yang rugi di hadapan Sang Pencipta kerana sudah pastilah tujuan kita diciptakan bukanlah untuk mengenyangkan perut, dan degn perut yg kenyang utk mencari kerja, kerja sampai perut lapar, dan dapat duit kerja tadi kenyangkan balik perut.
Adakah tugas wakil di muka bumi (2:30) hanya sekadar berkisarkan aktiviti-aktiviti di dalam perut? Fikir-fikirkan lah..
wallahua'lam
3/12/11
HijRah jom HiJrAh
Bismilllah... Salam alakikum kepada sesiapa yang dahagakan tazkirah. Selawat dan salam dihadiahkan buat Junjungan hebat Rasulillah S.A.W. Berbahagialah bagi sesiapa yang kini mengecapi haruman syurga dan sesiapa yang berjaya mengikis Al-wahn walaupun pahitnya seperti melapah kulit sendiri.
HijRAh....
Sidang editor padakali ini ingin mengenegahkan satu tajuk yang menarik untuk diperdendangkan dalam hati pembaca. Harap tazkirah ini terpahat dalam hati dan dapat membawa perubahan dalam hidup anda. Harapan jua pembaca dapat menyebarkan dan selidik apa yang disampaikan kerana "Sampaikanlah seruanku walau sepotong ayat." Hanya menjalanakan perintah-Nya dan Rasul-Nya.
Fenomena Ummah HARI INI.
Biar saya beritahu sejarah yang dicipta kita bersama barat. Merokok, Dadah.... "ouh, malas nak sebut.". Bemula dengan Solat. Selalunya sahabat Rasulullah akan bertanya apabila bertemu, "Salam alaik ya akhi...bagaimana dengan Qiam akh malam tadi?". Apa yang kita mampu jawab bila kita ditanya begitu? Kita tidak mampu jawab kerana, "Solat 5 waktu pun aku tak lepas! perh....lagikan QIAM."
"Ok, Ok....aku salah.tapi aku mula dari mana?"
Start from mutabaah fardhiyyah. Kita cuba update mutabaah kita. Solat adalah asasnya ke arah iman yang mantap. Qiam adalah pagar kepada bagunan yang akan dibina dari BoM-bOm MakSiaT. Tilawatul quraan sebagai peringatan sebagaimana firman-Nya,
"Berilah peringatan! Sesungguhnya peringantan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin."
Sedeqah sebai pengahalang bakhil. Ziarah sebagai pemangkin ukhuwwah islami. Dan kalau mutabaah dan mantap. Ade lagi satu bende yang belom selesai.Tugas sebagai Khalifah-Nya di bumi: Menukarkan robot-robot yang leka dalam kegelapan kepada cahaya-Nya. Inya'Allah....TaKbiR!!!
HijRAh....
Sidang editor padakali ini ingin mengenegahkan satu tajuk yang menarik untuk diperdendangkan dalam hati pembaca. Harap tazkirah ini terpahat dalam hati dan dapat membawa perubahan dalam hidup anda. Harapan jua pembaca dapat menyebarkan dan selidik apa yang disampaikan kerana "Sampaikanlah seruanku walau sepotong ayat." Hanya menjalanakan perintah-Nya dan Rasul-Nya.
LemBAran SejArAh
Bebicara mengenai hijrah sudah pasti terbayang di dalam hati setiap umat Islam yang Rasulullah S.A.W. Sudah termaktub dalam lembaran sejarah Islam bahawa Rasullah berhijrah bersama para sahabat baginda dari Mekah ke Madinah. Hijrah kerana DEEN. Terbukti Pengorbanan sahabat baginda melalui pelbagai cara. Suhaib Ar-rumi meninggalkan hartanya ketika hijrah. Saidina Ali pecah tapak kakinya kerana bejalan jauh dari Mekah ke Madinah. Zainab gugur kandungannya kerana perbuatan suaminya. "Itu adalah sejarah mereka. Tetapi mana sejarah itu pergi?" Tanya Iman di dada.Fenomena Ummah HARI INI.
Biar saya beritahu sejarah yang dicipta kita bersama barat. Merokok, Dadah.... "ouh, malas nak sebut.". Bemula dengan Solat. Selalunya sahabat Rasulullah akan bertanya apabila bertemu, "Salam alaik ya akhi...bagaimana dengan Qiam akh malam tadi?". Apa yang kita mampu jawab bila kita ditanya begitu? Kita tidak mampu jawab kerana, "Solat 5 waktu pun aku tak lepas! perh....lagikan QIAM."
"Ok, Ok....aku salah.tapi aku mula dari mana?"
Start from mutabaah fardhiyyah. Kita cuba update mutabaah kita. Solat adalah asasnya ke arah iman yang mantap. Qiam adalah pagar kepada bagunan yang akan dibina dari BoM-bOm MakSiaT. Tilawatul quraan sebagai peringatan sebagaimana firman-Nya,
"Berilah peringatan! Sesungguhnya peringantan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin."
Sedeqah sebai pengahalang bakhil. Ziarah sebagai pemangkin ukhuwwah islami. Dan kalau mutabaah dan mantap. Ade lagi satu bende yang belom selesai.Tugas sebagai Khalifah-Nya di bumi: Menukarkan robot-robot yang leka dalam kegelapan kepada cahaya-Nya. Inya'Allah....TaKbiR!!!
Tugas sebagai Khalifah-Nya di bumi:
DakWah! dAkWah! DaKwAh!
29/05/11
Masa Itu Al-hawa
Assalamualaikum...hmm rasa penat lak cuti-cuti ni. Masa ni baru ana tau betapa beharganya usrah waktu-waktu camni.Sebab kita pernah nak hargai masa yang Allah kurniakan.
P/S:Semua org kene diperingatkan.Budak kecik yg x byk dosa pon kene diperingatkan.kite2, yg dh diperingatkan ni pon masih buat dosa
Jom kita pergi Usrah!!!!!
13/04/11
Ketabahan
Telah ku lalui pada sejarahku
namun....sejarah terus bergerak
Namun tak akan ku biar
sejarah itu berlalu begitu sahaja
Akan ku ukir di tembok-tembok sejarah
kemenangan yang dinanti-nantikan
oleh umat manusia
oleh si mujahid Allah
ISLAM YANG TIADA TARANYA
Hari ini ku letih
mengukir ukiran sejarahku
agar dapat ku kenang di Yaumul Qiamah
menjadi saksi
titisan darah
peluh yang menitis di jalanNya
Air mata yang menitis kerana dosa
seorang hamba terhadap tuhannya
gagal di dunia yang sementara
yang terciptanya dari air yang hina
tetapi...
DIANGAKAT TUHANYYA MENJADI
KHALIFAH
hidup ini tiada erti bagiku
bagai gantang yang ditanam
bagai tempat perhentian
bagai tempat persedian
melalui bahtera kematian
menuju negeri akhirat
di berinya 2 pilihan
"aik..yg mana satu yek....
SYURGA KAH...ATAU....NERAKA KAH??"
17/03/11
Syukur
Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian.Sesungguhnya,ingit ana peringatkan kepada antum untuk sentiasa menghitung diri kerana saidina Umar R.A pernah berkata
"Hitunglah dirimu sebelum dirimu dihitung di akhirat kelak."
"Hitunglah dirimu sebelum dirimu dihitung di akhirat kelak."
Syukur....hmmm camne yek cara kita bersyukur?
Adakah sekadar berkata,"Wahhh...hari aku bersyukurlah dher!!!"
Ingin daku beritahu kepada kalian bahawa syukur ini ada beberapa cara
dan...kita wajib bersyukur
Kerana Rabb Al-Amin telah berfirman,
Jika kamu bersyukur aku tambahkan lagi (Nikmatku) dan jika kamu kufur sesungguhnya azabku amatlah pedih
Langgan:
Catatan (Atom)











