14/02/10

Perang Badar



Perang Badar adalah peperangan yang pertama dalam Islam.Ia berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah.Pada mulanya Umat Islam hanya mahu menyekat kabilah dagangan yang dipimpin oleh Abu Sufian.Kemudian Abu Sufian mengutus Abu Dhamdham ke Mekah bagi memberitahu perkara ini kepada penduduk Kota Mekah.Abu Dhamdham memotong telinganya dan menetak kaki untanya sebelum sampai ke Mekah.Penduduk Mekah berasa marah apabila mengetahui perkara tersebut lalu terbentuklah sebuah pasukan Quraisy yang berjumlah 1000 orang.Mereka dipimpin oleh Abu Jahal ataupun nama sebenarnya Abdul Hakam.Mereka membawa penyanyi-penyanyi bagi menghiburkan mereka.

Tentera Islam berasa takut kerana jumlah tentera Quraisy amat besar.Ketika itu juga Rasulullah bermusyawwarah bersama para sahabat.Abu Ubaidah Al-Jarrah mencadangakan supaya rasulullah memerhatikan tentera Islam.Apabila tentera Islam tewas,Rasulullah boleh kembali ke Madinah dengan selamat lalu bergabung dengan Penduduk Madinah.Cadangan tersebut diterima.Khubbab Al-munzir mecadangkan supaya tentera Islam berpindah ke kawasanyang ada punca air.Rasululah mengarahkan tetera Islam berpindah ke tempat yang dicadangakn oleh Khubbab lalu meerka membina sebuah perigi.Perigi tesebut dikawal dengan ketat oleh tentera Islam.

Sebelum peperangan bermula,Rasulullah bertanya kepada Kaum Muhajirin,adakah mereka sanggup berperang dengan tentera Quraisy.Kaum Muhajirin menyahut panggilan jihad itu.Kemudian Rasulullah bertamya kepada Kaum Ansar,adakah mereka sanggup berperang dengan tentera Quraisy.Setelah Rasulullah bertanya sebanyak tiga kali barulah mereka menyatakan kesanggupan mereka menyahut panggilan jihad itu.Selapas itu,Rasulullah menyusun kedudukan tetera Islam.Tentera berkuda berada di kiri dan kanan.Tentera pemanah berada tengah,tentera pedang berada di belakang dan tentera lembing berada di hadapan.

Peperangan bermula dengan acara tiga VS tiga.Abu Jahal memanggil Utbah Bin Rabiah,Syaibah Bin Rabiah dan Al-walid Bin Utbah.Mereka maju ke tenggah gelanggang.Pada mulanya Rasulullah mengeluarkan tiga orang dari kalangan Ansar tatapi ditolak oleh Kaum Quraisy.Kemudian Rasulullah mengeluarkan Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib,Saidina Ali Bin Abi Talib dan Ubaidah Al-harith.Hamzah berjaya berjaya menetak Syaibah dengan mudah.Ali juga tidak memberi peluang kepada Al-walid,nasibnya seperti Syaibah.Kini tinggal Ubaidah dan Utbah.Utbah berjaya menetak betis lawannya.Ali dan Hamzah segera membantu.Hamzah berjaya menikam lawannya dari belakang.

Ketika peperangan berlangsung.Abdullah tenampak anaknya Abu Ubaidah Al-jarrah lalu mengejar beliau.Abu Ubaidah pula tidak mahu menentang ayahnya sediri berusaha melarikan diri.Barlaku acara kejar-mengejar.Si anak berusaha melarikan diri tetapi si bapak terus menggila.Akhirnya beliau tersepit di sebuah penjuru dan beliau teppaksa membunuh ayahnya sediri.Kemudian Allah S.W.T menurunkan surah Al-mujadalah,ayat 22 bagi mengembirakan beliau.Saidina Ali terpaksa menetang saudaranya Aqil.Abu Jahal dibunuh oleh Abdullah.Sebelum itu,dua orang pemuda Ansar bejaya mencerakannya.Kemudian,seorang daripada kaum ansar yang bernama Umair Bin Humman Al-ansari.Beliau adalah orang yang pertama syahid dalam Perang Badar.Begitu juga dengan Umair Bin Abi Waqqas,adik kepada sahabat yang digelar "Singa yang menyembunyikan kukunya".Beliau tidak diizinkan oleh Rasulullah untuk pergi berperang,tetapi berkeras juga untuk pergi sehingga menangis teresak-esak.Akhirnya Rasulullah mengizinkan.

Keputusanya tantera Islam menanang.Ini adalah kejayaan pertama dalam Islam sebelum menempuhi kejaan yang lebih besar iaitu menjatuhkan dua kuasa besar iaitu Kerajaan Rom dan Kerajaaan Parsi.Jumlah tentera Islam yang Syahid sebanyak 14 orang.Manakala di pihak Quraisy ialah 70 orang terbunuh dan 70 lagi ditawan.Pada mulanya,tentera Islam berjumlah 313 orang,70 ekor unta dan dua ekor kuda.Mereka menaikianya secara bergilir-gilir.Ini membuktikan yang tentera sedikit jumlahnya boleh menewaskan tentera yang besar jumlahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan