25/06/11

Perjuangan Islam Khaibar

Assalamualaikum kepada para pembaca.Semoga rahmat Allah memberkatimu kerana usahamu menambah ilmu.Post kali ini adalah untuk menyampaikan ilmu agar diri ini tidak dilaknat Allah kerana 'Kede Ilmu'.Suka untuk diri ini menceritakan mengenai perjuangan Rasulullah di tanah Yahudi khaibar.

Kisahnya bermula apabila tamatnya peperangan al-ahzab yang desertai oleh ramai qabilah arab.Setelah kekalahan mereka yang berpunca daripada pepecahan selain daripada bala Allah kepada mereka yang berupa ribut dan hujan lebat, mereka terus pulang menanggung malu di bahu lagikan di hati. Kerana bani Quraizah membantu mereka, Rasulullah segera mengambil tindakan drastik dengan memerangi mereka kerana telah melanggar perjanjian 'Yahudi-Islam' yang dipanggil Piagam Madinah.

Setelah menanggung kekalahan, ketua mereka Sallam bin Misykam pergi ke tanah Khaibar dimana kubu kebanggaan Yahudi setelah musnahnya kubu mereka di Baitul Maqdis kerana pengusiran yang dilakukan oleh bangsa Romawi sekian lama. Sallam segera berjumpa dengan ketua Yahudi Khaibar untuk meminta bantuan untuk memerangi Rasulullah tetapi taqdir Allah telah tertulis bahawa dia tidak berjaya kerana Yahudi Khaibar telah mengikat perjanjian mereka dengan Rasulullah. Sallam meminta untuk melawat Kubu Yahudi Khaibar juga dibantah oleh ketua Yahudi Khaibar.

Sallam kebuntuan akal.Akhirnya sudak tersirat di Luh-Mahfuz, Sallam berjaya memasukkan jarum dengkinya terhadap Ketua Yahudi Khaibar.Dia dibenarkan untuk melawat kubu Yahudi Khaibar.Akhirnya, timbullah satu keinginan untuk menguasai Kahibar.Cuma ada satu jalan iaitu dengan membunuh Ketua Yahudi Khaibar. Pada malam itu, dia pergi ke rumah Ketua Yahudi Khaibar. Selepas mengetuk pintu dan pintu itu dibuka, dia terus menikam mangsanya. Pada pagi harinya, tesebarlah satu berita yang tidak disangka-sangka. Kemudian mereka mengadakan mesyuarat bagi memilih ketua yang baru.Sallam yang hadir juga menyatakan bahawa dia akan menggantikan empat kosong itu buat sementara waktu dan berjanji untuk melantik ketua yang baru.Setelah sekian lamanya, janji itu dilupakan kerana HIDUP YAHUDI MEMANG BEGITU.

Beliau segera membuat persiapan perang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan