16/10/11

Pesan Kaum Muda

Assalamualaikum, disini ku cuma boleh berpesan tetapi Kamu yang menentukan ke mana pesanan itu kerana,
"Aku tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga kaum tersebut mengubah mereka sendiri"



Imam Hasan Al-banna katanya, "Kamu adalah roh-roh baru yang mengalir dalam tubuh ummah".
Persoalannya ku bekerja dan berusaha bekerja. Dulu ku mempunyai rakan sekerja, tetapi sekarang Allah mengujiku dengan futurnya kami. Ke manakah kalian wahai sahabat? adakah kau lupa tanggung jawabmu terhadap Ummah ini. Sedarkah kamu yang kamu dulu adalah singa-singa Ummah yang pantang menyerah kalah selagi Bintang Syahid belum digapai bukan harta dunia. Dulu kamu adalah manusia yang dicampak di mana sahaja kamu akan menjadi pulau. Dicampak di Negeri Cina disanjung, dicampak di nusantara mengubah corak hidup, PARSI ROM telah kau tumbangkan.



Adakah kau telah berundur dari medan yang suci ini? Ganjarannya mahligai menanti. Terkenang kisah 3 Mac 1924. Peperangan suci tidak berkumandang. Paluan Jihad tidak engkau dendang. Kau tergoda dengan harta, wanita, dan pangkat. Sedangkan kau pembela ummah penumbang Rom dan Parsi. Kuasa-kuasa besar yang menggerunimu kini mentertawakan kamu. Menari dalam kesenangan sedangkan saudaramu menangis kelaparan. Engkau gembira bersama dalam kelekaan sedangkan mereka Tersenyum setelah Syahid digapai kerana berjuang di atas Kalimah لا إله إلا الله ، محمد رسول الله.

BERJIHADLAH WAHAI SAUDARAKU!



Memanga setiap perjuangan itu pahit kerana Al-banna pernah berpesan "Kamu Ibarat sebatang Pohon. Jika dilempari batu, kamu memberinya buah yang ranum." .Ku berpesan patuhilah syura kerana keteguhan ummah bergantung kepada syura. Patuhilah ketuamu. Berilah dia cadangan kerana sesungguhnya cadangan anak buah amat aku hargai. Salinglah 'backup membackupi'. Jika kamu telihat seorang rakanmu tersunggkur di medan ini, maka bangunkanlah dia. Jika dia hampir terjatuh di lembah dalam capailah tangannya. Jika dia menegurmu, maka terimalah tegurannya. Rapatkanlah ukhuwwah di antara kamu.Syuralah selalu apabila ada sesuatu masalah atau gerakan yang akan dibuat.


Harap pesanan ini diterima:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan