23/01/12

RaGaM- RagAm UmAt

Salam alaikum. Al-hamdulillah buat Rabbul Jalil. Selawat serta salam buat Qudwah umat, Muhammmad S.A.W serta sahabat baginda. Sekalung tahniah buat mujahidin serta mujahidah setiap zaman.

.:FAHAMLAH DENGAN HATI KALIAN:.
Suatu hari Hassan Al-banna melihat seorang Ikhwan menangis melihat umat. Hassan Al-banna berkata, "Kamu telah mencapai satu tahap yang tinggi dalam dakwah"
22 JANUARI 2012...

Al-hamdulillah, sampai di Kuala Lumpur. Menetap di Jalan Buku 5, sebuah kondo. Kemudian malam itu timbul di hati untuk bertanya khabar umat Islam di sini. So, beritahu si Ibu hasrat di hati ini. Malam itu diri ini bersama usrah saya bertolak ke KLCC pada pukul 9 malam.

.:Suria KLCC:.
Saya bertanya di hati saya." Adakah umat Islam di sini harus berpakaian begini dan berpelakuan bergini di hadapan Allah? Adakah mereka mengetahui bahawa mereka akan dipersoalkan mengenai tanggungjawab yang mereka pikul, KHALIFAH & IBADAH? ".  Adakah Islam itu tidak sesuai dengan peredaran zaman. Lebih-lebih lagi sekarang musim Tahun Baru. Refleksilah diri kalian, Iman kalian, Islam kalian dan Ihsan kalian.

.:Petaling Street & Dataran Merdeka & Lain2:.
Jalan-jalan di sini asyik pandang bawah. Banyak wanita berpakaian terdedah. Ada 'ayam' yang cuba cari pelanggan, mat dadah, ada pasangan Gay, maksiat, arak jalan yang dah jadi macam warung dan  ade restoran arab tetapi kalau masuk pak arab pun cakap 'Masya'Allah!" sebab minumannya memang lazat
dan memabukkan. Harap kalian dapat detect penyakit umat yang kian critical.


23 Januari 2012
.:I-City, Shah Alam:.
Sebab pernah pergi ke sini, kami pun pergi. Masing-masing pergi dengan niat yang berbeza. Ada yang pergi untuk berseronok, ada yang pergi cuma untuk melihat sahaja dan ada yang pergi untuk memahami masalah umat. I-City lebih dahsyat keadaannya. 'Ramai ROBOT' cuba untuk mencari ketenangan melalui kitaran bodoh ini. Nanti kita cerita fasal KITARAN BODOH. Berhibur dan bermain sehingga Jam 12. Balik dengan penuh kenangan maksiat.

Intihannya....
Musuh Islam sudah merancang sejak bertahun-tahun yang lalu untuk memusnahkan Islam.
Ada dari kalangan mereka berkata, "Kita bakal hancur jika berperang dengan senjata tetapi kita pasti menang jika menyerang pemikiran mereka. Pemuda-pemuda mereka menjadi kuat kerana adanya Kitabullah dalam hati mereka dan kita perlu mencabutnya dari hati mereka.".
Mereka memecah-belahkan kita setelah kita bersatu di bawah satu empayar. Kini umat perlu meyelesaikan beberapa perkara,

  •  Solat dengan Khusyu
  • Tilawatul quraan dengan hati
  • Ukhuwwah Islamiyyah 
  • Memahami sajarah (islam & tamadun lain) dan dapat menilainya
  • Mengetahui bentuk-bentuk ghazwul fikri
  • Bidang poitik Islam


Pesan seorang hamba,
Wahai umatku. Dahulunya kalaian seperti singa di siang hari dan abid di malam hari. Jihadmu digeruni umat yang lain. Melibas lalang-lalang yang penuh di jalan ini. Bermula dengan solatmu. Malam dan siang penuh dengan dakwah dan tarbiyyah. Sunnah nabimu berebut untuk dilaksanakan. Kitabullah sibuk kalian pelihara tuntutannya. Islam kalian bukan sekadar nama, tetapi hati kalian penuh dengan cahaya Iman. Sehingga Islam digeruni dan dihormati. Kini kalian dipijak seperti haiwan perburuan. Kalau dulu malam kalian penuh dengan munajat buat-Nya, tetapi kini malam kalian punah dengan permainan dan hiburan. Dulu, Jihad kalian digeruni, tetapi kini jihad kalian hanya bahan tertawa kufffar. Kalau dulu Quraan kalian di dada, kini quraan kalian hanya perhiasan sahaja. Dulu,  Islam kalian di hati, kini, sekadar nama sahaja.


Khas Buat Para Duat,
Dulu, jalan ini penuh dengan lalang dan telah ditebas oleh generasi Umat Islam yang silam, Kini lalang tumbuh membiak subur dan sedikit yang mampu menebasnya. Mereka korbankan jiwa dan harta mereka untuk sebuah syurga  Ingatlah, yang sedikit itulah menang kita Badar, Uhud, Tabuk dan hampir semua pertempuran. Tetapi yang banyak kalah seperti Abbasiyyah dan Uthmaniyyyah.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan