7/04/12

NuR SyaHaDah

.: بسم الله الرحمان الرحيم  :.
Salam aliakum buat roh-roh yang lapar. Selawat dan salam buat junjungan Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda serta seluruh kaum mu'minin dan muslimin. Moga kita semua tergolong di dalamnya.

Lama duduk asrama sampai blog ni jadi kosong dan terbiar. Diharap selama pembaca mengunjung laman ini, bertambah iman dan amal. Post kali ini ana ingin kongsikan satu rahsia pentind di sebalik satu kalimah yang agung kerana di dalamnya terkandung satu cara hidup dan amanah.

لااله الا الله محمد رسول الله
ThE imPorTancE of SyaHadaH!

  1. Pintu masuk Islam.
Kita boleh lihat dalam internet atau media-media massa yang lain memaparkan muallaf-muallaf yang inin memeluk Islam hasil usaha para da'ei yang mantap. Mereka akan megucapkan 2 kalimah agung ini. seseorang itu telah berikrar di hadapan Allah semasa alam roh seperti firman-Nya

"الست بربكم قالو بلا شهدنا"
Allah bertanya, "Bukankah aku ini tuhan kamu?" Roh-roh itu menjawab, "Ya, bahkan kami menyaksikan!"

 Ini sahaja tidak mencukupi sebab berikrar semasa rububiyyah sahaja tidak cukup kerana kita dapat belihat betapa ramainya umat manusia ingkar dengan perjanjian itu. Oleh itu, 2 kalimah ini akan mengingatkan kita akan satu janji yang pernah dilafazkan di peringkat uluhiyyah pula. Ini akan memberi nur dan kesan yang besar jika hati menghayati dan anggota badan bekerja menjayakan 2 kalimah ini.



2.  Dasar perubahan yang menyeluruh
Lafaz akan mengubah seluruh kehudupan seseorang hamba, masyarakat dan tamadun kerana kalimah ini merupakan satu perlambangan cara hidup yang sepatutnya. Islam sebagai Deen atau cara hidup dalam seluruh aspek kehidupan. Daripada kegelapan jahilyyah kepada nur hidayah, daripada 2 kaum yang bermusuh kepada 2 kaum yang bersaudara dan  daripada akhlak buruk kepada akhlak yang mulia.

3.Intisari Ajaran Islam
2 kalimah ini mangandungi 3 Prinsip yang lengkap dan menyeluruh:
  • Perhambaan hanya pada Allah semata-mata dan melaksanakan segala arahan dan laranya-Nya.
  • Muhammad S.A.W sebagai idol dalam memathi tututan Ilahi.
  • Perhambaan kepada Allah dan mengatur hubungan dengan insan yang lain

 4.Hakikat Dakwah para Rasul
Inilah apa yang diserukan oleh nabi-nabi terdahulu dan diakhiri dengan Muhammad S.A.W. Mereka menyeru supaya menyembah Allah dan saling mengigatkan.  Namun, seruan ini tidak akan berakhir begitu sahaja pewaris mereka akan menyambung kembali usaha-usaha untuk mandaulatkan 2 kalimah agung ini. 

5. Ganjaran yang besar 
Syahadah juga menebabkan seseorang itu sanggup berkorban harta , masa, tenaga dan nyawa demi gagasan ini dalam kehidupannya dan orang lain sehari-hari. Mereka yakin akan janji Allah bahawa pengorbanan mereka akan dibalas. 

"ان الله الشتراى من الموءمنين انفسهم واموالهم بان لهم الجنة"
"Sesungguhnya Allah membali dari orang-orang mu'min jiwa dan harta mereka dengan syurga" 

 CerIta HidaYah DaN Our TanGGung JaWab
Suatu hari aku bersembang dengan Kishan sewaktu tahun 3 di SK Taman Universiti 4,"Kau tau tak orang-orang Islam je yang masuk syurga! Yang lain masuk neraka." Kishan kata, "Asal lak?!". "sebab kiteowng buat baik dgn solat.", balasku. "Panas ke neraka kau tu?", ujarnya dengan buat 
muka nak kene tapak free. "Panasla, 70 kali ganda kot!", cakap macam takut sangat. Dia terus belah,"Cerita kau ni bosan gile nak mampos". Tak pasal-pasal dapat 'gile nak mampos free.

Tak semua manusia terima seruan ini dan ada juga yang terima seperti Cat Steeven or must i call Yusuf Islam. Dia kaji Kitab Allah dan akhirnya pencriannya tidak sia-sia kerana Allah tidak zalim.


OuR ResPonsibiliTy... 
Juka kita ajak insan-insan seperti mereka ini kepada Nur Syahadah daripada Kegelapan malam, subhanallah ganjaran Allah amatlah besar. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W,

"Barangsiapa yang mengajak seseoarang dari jahiliyyah kepada Islam, maka itu lebih baik dari dunia dan seisinya "

Tetapi, perlu diingat jika kita tidak memunaikan amanah ini, maka mereka akan menuntut di mahkamah Allah kelak kerana tidak memperkenalkan 2 kalimah ini. "Kau hukum dia ini sekali ya Allah! Dia tahu bahawa aku akan masuk neraka kerana aku seorang kafir tetapi dia hanya baik seorang2 sahaja!". Berkata pula seorang lagi, "Dia tahu bahawa aku tinggal solat dan akan dihukum. tetapi dia tidak mengigatkan ku!".  Maka kita dihukum hanya sebab tidak menegur dan sebagainya.

Disimpulkan bahawa umat Islam seharusnya memehami syahadah syang dilafazkan sehari-hari dan harus memperkenalkan syahadah kepada orang lain 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan